Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa

Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Nuclear and Radiological Event Scale, INES) diperkenalkan pada tahun 1990[1] oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency, IAEA) untuk membolehkan penyaluran segera maklumat penting untuk keselamatan umum sekiranya berlaku kemalangan nuklear.Skala ini adalah berasaskan logaritma, serupa dengan skala magnitud momen yang digunakan untuk menerangkan magnitud gempa bumi secara perbandingan. Setiap kenaikan tahap menandakan kemalangan yang kira-kira sepuluh kali lebih teruk daripada tahap sebelumnya. Berbeza dengan gempa bumi yang keamatan kejadiannya boleh dinilai secara kuantitatif (dibilang), tahap keburukan bencana buatan manusia seperti kemalangan nuklear lebih subjektif. Disebabkan kesukaran mentafsir, tahap kejadian INES ditetapkan sebaik sahaja kejadian berlaku. Oleh itu, skala ini tidak banyak membantu usaha bantuan kecemasan.Oleh sebab tahap INES tidak ditentukan oleh badan pusat, kejadian nuklear yang menonjol adakalanya ditetapkan tahap INES oleh pengendali stesen janakuasa nuklear, lembaga nuklear negara, institut sains, badan antarabangsa mahupun pakar-pakar lain sehingga boleh mengelirukan orang ramai tentang kegentingan sebenarnya.Kriteria dan penunjuk ditentukan untuk memastikan laporan tahap nuklear secara koheren oleh pelbagai lembaga rasmi. Terdapat tujuh tahap bukan sifar pada skala INES: tiga tahap "kejadian" dan empat tahap "kemalangan" dan terdapat juga tahap sifar.


Rujukan

WikiPedia: Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa http://200.0.198.11/comunicados/18_12_2006.pdf http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.reuters.com/article/2011/04/12/us-japan... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16522943 http://www.jaea.go.jp/02/press2005/p06021301/index... http://www3.nhk.or.jp/daily/english/12_05.html http://web.archive.org/20110413145944/www3.nhk.or.... http://web.archive.org/web/20090816100759/http://w... http://web.archive.org/web/20110721162056/http://w... http://www.climatesceptics.org/event/641